• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, October 9, 2016

Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday, October 09, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Adalah dimaklukan bahawa Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 11 Tahun 2016 pada 29 Jun 2016 telah membincangkan mengenai terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang tidak memberi perhatian terhadap kesihatan mereka dan mengabaikan keperluan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 (PP 3/2003) telah menggalakkan pegawai yang berumur 40 tahun ke atas termasuk dikalangan PPP untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan Kesihatan di hospital atau klinik kerajaan ini digalakkan bagi memastikan kesihatan pegawai sentiasa berada ditahap yang baik dan dan semoga penyakit kronik dapat dicegah dari peringkat awal bagi membolehkan pegawai sentiasa berupaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Muat Turun Pekeliling  :

0 comments:

Post a Comment