• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, June 30, 2016

Sunday, June 26, 2016

Perubahan Jadual Waktu Kelas Bermula 26 Jun 2016.

Sunday, June 26, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Jadual waktu untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 akan mengalami perubahan berkuatkuasa pada 26 Jun 2016. Perubahan jadual dibuat atas sebab perpindahan Cikgu Zulkifli Bin  Mohammed. Jadual waktu baru seperti di bawah  :


Tahun 1



Tahun 2



Tahun 3



Tahun 4



Tahun 5



Tahun 6


Thursday, June 23, 2016

Terima Kasih Cikgu Zulkifli Bin Mohammed.

Thursday, June 23, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments



Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa Cikgu Zulkifli Bin Mohammed. Beliau akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kundang Ulu dan hari terakhir beliau pada 23 Jun 2016 (Khamis). Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang di tembat baru dan selamat maju jaya.

Wednesday, June 22, 2016

Majlis Bacaan Yassin , Solat Hajat Bulanan Dan Berbuka Puasa.

Wednesday, June 22, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin ,  Solat Hajat Bulanan Dan Berbuka Puasa pada 23 Jun 2016 (Khamis) di Dewan Lagenda Emas, SK RKT Sri Ledang. Majlis akan bermula pada pukul 6.30 petang. Sehubungan dengan itu, AJK PIBG, ibubapa / penjaga Tahun 6 dijemput hadir ke majlis tersebut.  

Thursday, June 16, 2016

Program Audit Akademik UPSR Ke-2 Tahun 6.

Thursday, June 16, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah  akan mengadakan Audit Akademik UPSR Ke-2 bersama - sama ibubapa / penjaga Murid Tahun 6 SK RKT Sri Ledang pada 20 Jun 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Lagenda Emas, SK RKT Sri Ledang. Program bermula pada pukul 10.00 pagiBesarlah harapan kami agar ibubapa / penjaga hadir pada program tersebut demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak tuan. 

Hari Bertemu Pelanggan SK RKT Sri Ledang Tahun 2016.

Thursday, June 16, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 19 Jun 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Lagenda Emas, SK RKT Sri Ledang. Program tersebut bermula pada 10.30 pagi. Besarlah harapan kami agar ibubapa / penjaga hadir pada hari tersebut demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak tuan. Surat jemputan telah diedarkan kepada murid. Ibubapa / penjaga boleh membawa anak pulang setelah selesai perbincangan bersama guru kelas.

Sunday, June 12, 2016

Tiada Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri - Kenyataan Media.

Sunday, June 12, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial. 

Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan. 

"Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun.

"Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan," katanya ketika dihubungi BH. Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari. 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu. 

Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri :
* 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Sumber Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/node/162583

Tuesday, June 7, 2016

Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Sunday, June 05, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Warga Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1437H. Semoga Ramadhan ini lebih sempurna dari Ramadhan yang telah berlalu.