• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, January 30, 2017

Lampiran Atau Dokumen Keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Tahun 2017.

Monday, January 30, 2017 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Dokumen tambahan untuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Tahun 2017. Disertakan Lampiran atau Borang Keperluan SPSK Tahun 2017 untuk kegunaan pengurusan bidang-bidang berkenaan dengan menggunakan SPSK. 

Muat Turun Lampiran Atau Dokumen Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) :

Thursday, January 26, 2017

Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Tahun 2017.

Thursday, January 26, 2017 // by SK RKT Sri Ledang // 2 comments

Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) bertarikh 19 Mac 2012 Keluaran 03 Pindaan 00 terbatal dan penggunaan Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) bertarikh 1 Februari 2017 Keluaran 04 Pindaan 00 berkuatkuasa pada 1 Februari 2017 bagi semua sekolah SPSK negeri Johor.

Muat Turun Dokumen Manual Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) :

Dokumen Manual Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Pemberitahuan Cuti Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2017.

Thursday, January 26, 2017 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang akan mula bercuti pada 27 Januari 2017 sehingga 4 Februari 2017 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Sesi persekolahan akan bermula pada 5 Februari 2017 (Ahad). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.


Thursday, January 19, 2017

Wednesday, January 18, 2017

Program Kecemerlangan Tahun 6 Dan Penentuan Target UPSR 2017.

Wednesday, January 18, 2017 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah akan mengadakan Program Kecemerlangan Tahun 6 Dan Penentuan Target UPSR 2017 pada 21 Januari 2017 (Sabtu). Program akan bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan Lagenda Emas, Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Besar harapan pihak sekolah agar ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dapat hadir ke program tersebut.


Merentas Desa Sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang Tahun 2017.

Wednesday, January 18, 2017 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah telah mengadakan acara Merentas Desa Sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang Tahun 2017 pada 17 Januari 2017 (Selasa). Acara tersebut telah diadakan di sekitar Felda Sri Ledang. Semua murid terlibat dalam acara tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut terutamanya PIBG dan Persatuan RELA Felda Sri Ledang.








Thursday, January 12, 2017

Sunday, January 1, 2017