• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, May 26, 2016

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2016.

Thursday, May 26, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Program Teknik menjawab Soalan UPSR 2016 untuk murid-murid Tahun 6 Gabungan Sekolah Bukit Serampang akan diadakan di Dewan Lagenda Emas, SK RKT Sri Ledang. Program ini melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK RKT Sri Ledang, SK Seri Jaya dan SK Durian Chondong. Pihak sekolah berharap ibubapa / penjaga dapat memastikan kehadiran anak-anak ke program tersebut.  Jadual program seperti ketetapan berikut  :


Wednesday, May 25, 2016

Cuti Pertengahan Tahun 2016.

Wednesday, May 25, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Cuti Pertengahan Tahun 2016 akan bermula pada 27 Mei 2016 hingga 11 Jun 2016. Sesi persekolahan akan bermula pada 12 Jun 2016. Pihak sekolah berharap supaya ibubapa / penjaga memantau keselamatan anak-anak sepanjang cuti pertengahan tahun. 

Selamat bercuti.

Monday, May 23, 2016

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Bulanan.

Monday, May 23, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah menjemput ibubapa / penjaga Murid Tahun 6 ke Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Bulanan pada 25 Mei 2016 (Rabu). Majlis bermula jam 7.00 malam bertempat di Surau Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Pihak kami memohon jasa baik tuan / puan dapat menghadirkan diri dalam majlis ini demi kecemerlangan anak-anak dalam UPSR 2016.
  

Sunday, May 22, 2016

Thursday, May 19, 2016

SYNC (School Messaging Application)

Thursday, May 19, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Aplikasi Sync School Messaging (SYNC) merupakan satu medium komunikasi bertujuan meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, PIBG dengan ibubapa, guru dan murid dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon pintar. Sehubungan dengan itu, semua guru, ibubapa dan murid digalakkan menggunakan aplikasi tersebut sebagai alat medium komunikasi. Maklumat lanjut dan panduan pemasangan boleh rujuk pautan dibawah.

Tuesday, May 17, 2016

Disini Bemulanya Sebuah Coretan.

Tuesday, May 17, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


 اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat datang ke Blog Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Blog ini dikendalikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh berhubung dengan kami. Diharap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya kepada Warga Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang dalam perkongsian maklumat.

Sekian, Terima kasih.