• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, August 24, 2016

Penggunaan E-Mel 1GovUC Dalam Urusan Rasmi.

Wednesday, August 24, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


1GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging, faksimili, sistem pesanan ringkas (SMS) serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal 1GovUC. Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang akan menggunakan saluran komunikasi e-mel daripada 1GovUC. Sebarang pertanyaan boleh berhubung Encik Ahmad Nurran Bin Khamis atau Encik Ahmad Aiman Bin Abdullah. E-mel rasmi Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang  :

jba9028@moe.edu.my

Tuesday, August 23, 2016

Pengemaskinian Data Pengisytiharan Harta Dalam Sistem Aplikasi HRMIS Bagi Semua Pegawai Perkhidmtan Pendidikan Dan Ahli Kakitangan Sekolah SK RKT Sri Ledang.

Tuesday, August 23, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Semua Pegawai Perkhidmtan Pendidikan Dan Ahli Kakitangan Sekolah SK RKT Sri Ledang adalah diingatkan untuk segera membuat tindakan pengisytiharan harta melalui sistem aplikasi HRMIS  selewat-lewatnya pada atau sebelum 18 September 2016. KPI akan diambil kira apabila pengisytiharan harta mencapai status telah ambil maklum oleh Pegawai Pengesahan Aset. Tindakan tatatertib akan diambil pada mana-mana pegawai yang gagal mengisytiharkan harta dalam tempoh yang diberikan. Sebarang pertanyaan sila berhubung Puan Noraliza Binti Boiran.

Sunday, August 7, 2016

Program Audit Akademik UPSR Ke-3 Tahun 6.

Sunday, August 07, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak sekolah  akan mengadakan Audit Akademik UPSR Ke-3 bersama - sama ibubapa / penjaga Murid Tahun 6 SK RKT Sri Ledang pada 9 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Lagenda Emas, SK RKT Sri Ledang. Program bermula pada pukul 10.00 pagiBesarlah harapan kami agar ibubapa / penjaga hadir pada program tersebut demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak tuan.