• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, December 14, 2016

Thursday, November 24, 2016

Jasamu Dikenang Dan Terima Kasih Cikgu Mohd Azmi Bin Mamat Dan Cikgu Norrinda Bin Abdul Majid.

Thursday, November 24, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa Cikgu Mohd Azmi Bin Mamat Dan Cikgu Norrinda Bin Abdul Majid. Beliau akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Dabong, Kelantan Darul Naim. Pihak sekolah mengucapkan selamat berkhidmat di tembat baru dan selamat maju jaya.


Pemberitahuan Cuti Persekolahan Akhir Tahun / Tuisyen Tahun 6 / Bayaran Keperluan Murid Dan Sesi Persekolahan 2017.

Thursday, November 24, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Sekolah akan mula bercuti pada 25 November 2016 (Jumaat) dan sesi persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2017 (Ahad). Bersama ini dilampirkan surat mengenai cuti dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang cuti sekolah. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti.


Tuesday, November 22, 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2016.

Tuesday, November 22, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah kecemerlangan dan terima kasih kepada tetamu jemputan kerana sudi hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2016yabg telah diadakan pada 22 November 2016 bertempat di Dewan Lagenda Emas, Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang.





Thursday, November 17, 2016

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2016.

Thursday, November 17, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Majlis Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2016 telah diadakan pada 17 November 2016. Keputusan diumumkan oleh Puan Zubaidah Binti Kahir , Guru Besar Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Nurnajwa Nadia Binti Azman dan Zetty Aishah Binti Abdul Rahman kerana mendapat 6A dalam UPSR. Tahniah diucapkan kepada semua murid.




Wednesday, November 16, 2016

Majlis Graduasi Tahun 6 2016.

Wednesday, November 16, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang akan mengadakan Majlis Graduasi Murid Tahun 6 dan Program Penyampaian Keputusan UPSR 2016 pada 17 November 2016 (Khamis) bertempat di Dewan Lagenda Emas, Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang.


Wednesday, November 2, 2016

Wednesday, October 26, 2016

Pemberitahuan Cuti Sekolah Sempana Hari Deepavali Tahun 2016.

Wednesday, October 26, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Sekolah akan mula bercuti pada 28 Oktober 2016 (Jumaat) hingga 1 November 2016 (Selasa) Sempana Hari Deepavali. Sesi persekolahan akan bermula pada 2 November 2016 (Rabu). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia.

Monday, October 17, 2016

Sunday, October 16, 2016

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2016.

Sunday, October 16, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan pada 24 Oktober 2016 (Isnin) hingga 27 Oktober 2016 (Khamis). Jadual peperiksaan seperti berikut  :


Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2016
Tahap 1 (Tahun 1-3)


Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2016
Tahap 2 (Tahun 4-6)




Thursday, October 13, 2016

Jasamu Dikenang Dan Terima Kasih Puan Hajah Maznah Binti Ali Othman (Guru Penolong Kanan 1).

Thursday, October 13, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa Puan Hajah Maznah Binti Ali Othman. Beliau akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Penchu dan hari terakhir beliau di sini pada 16 Oktober 2016 (Khamis). Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang di tembat baru dan selamat maju jaya.  





















Wednesday, October 12, 2016

Sunday, October 9, 2016

Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday, October 09, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments


Adalah dimaklukan bahawa Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 11 Tahun 2016 pada 29 Jun 2016 telah membincangkan mengenai terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang tidak memberi perhatian terhadap kesihatan mereka dan mengabaikan keperluan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 (PP 3/2003) telah menggalakkan pegawai yang berumur 40 tahun ke atas termasuk dikalangan PPP untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan Kesihatan di hospital atau klinik kerajaan ini digalakkan bagi memastikan kesihatan pegawai sentiasa berada ditahap yang baik dan dan semoga penyakit kronik dapat dicegah dari peringkat awal bagi membolehkan pegawai sentiasa berupaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Muat Turun Pekeliling  :

Thursday, October 6, 2016

Hari Sukan Negara 2016.

Thursday, October 06, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Semua dijemput hadir Sambutan Hari Sukan Negara 2016 pada 8 Oktober 2016 (Sabtu). Acara bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Padang Awam Felda Sri Ledang.

Wednesday, October 5, 2016

Thursday, September 29, 2016

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang Tahun 2016.

Thursday, September 29, 2016 // by SK RKT Sri Ledang // No comments

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang Tahun 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 28 September 2016 di Padang Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang. Pihak Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Temasya Sukan Tahunan ini.